KATEGORI |
MAKLUMAT USAHAWAN |
Menjual produk makanan ringan Mashmallow dan Jelly ball dan goodies party |
Nama Usahawan: Lidia Wardani binti Jantan Nama Produk: Menjual produk makanan ringan – Mashmallow Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan: Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 2 pada tahun 2024 kali ini kami memilih salah seorang Ahli NADI Kg Simpang Sepayang iaitu Pn Lidia Wardani binti Jantan atau lebih mesra dengan panggilan Lidia. Lidia dilahirkan pada tahun 2003 berusia 21 tahun dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Telah mendirikan rumahtangga dan beliau tinggal di Perkampungan Orang asli Batu 8, Rompin, Pahang. Lidia selain suri rumah beliau juga telah membantu perniagaan kedai runcit millik keluarga beliau. Pelbagai urusan berkaitan kedai runcit turut dilaksanakan oleh Lidia. Selain itu, Pn. Lidia juga turut membuat produk Mashmallow pelbagai perisa untuk jualan di kedai runcit dan juga turut meletakkan di beberapa buah kedai. Memandangkan produk mashmallow beliau mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kanak kanak hal ini menjadikan beliau mula menjual secara atas talian menggunakan platform Shopee. Pn. Lidia telah mengikuti kelas asas komputer (ICT) dan kelas keusahawanan (Shopee dan Tik Tok Shop) yang telah dianjurkan oleh NADI Kg Simpang Sepayang. Daripada hasil pembelajaran ini beliau telah berjaya membuat jualan di paltform shopee. Pn. Lidia juga turut mengaplikasikan pembelajaran ICT untuk kunci kira kira kedai runcit milik ibu bapa beliau seperti dapat merekod keluar masuk Pengalaman: Lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan Nama Syarikat/Pengusaha: – Link Shopee: shopee.com.my/ldiawdni Instagram: – WhatsApp: 0132231077 E-mel: – No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 0132231077 Bilangan Pekerja: – |
Keusahawanan
24 July 2024
KEUSAHAWANAN ONLINE 2 2024
