
Latihan Kejurulatihan Modul Internet Selamat bersama Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Pahang bagi memperkasa komuniti melalui ilmu pengetahuan berkaitan keselamatan internet.
NADI Malaysia akan memainkan peranan memastikan penyampaian mesej penggunaan Internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab kepada masyarakat setempat dengan pendekatan yang sesuai dan berkesan mengikut kumpulan sasaran masing-masing.
Kandungan Modul Kempen Internet Selamat mengikut peringkat umur, iaitu 7–9 tahun, 10–12 tahun, 13–17 tahun dan 18 – dewasa dan ibubapa.