SELAMAT DATANG KE
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Simpang Sepayang, Rompin, Pahang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) iaitu nama pertama yang digunakan dan ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia, Pusat Internet Komuniti dan ditukarkan lagi kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mengucapkan Selamat Datang dan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence SDB BHD. Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI. Terdapat beberapa fasa untuk NADI ini iaitu, Fasa Perintis, Fasa 1-Extension, Fasa 2-Extension, Fasa Felda, Fasa 4, serta beberapa Fasa tambahan telah diwujudkan di seluruh Malaysia.
MISI DAN VISI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
VISI – MENJADIKAN SEBAGAI “ONE STOP DIGITAL CENTER” YANG DAPAT DILESTARIKAN KE ARAH MEMBINA KEWIBAWAAN SOSIO EKONOMI SETEMPAT.
MISI – MENCAPAI VISI NADI DENGAN MENJADI AGEN TRANSFORMASI MELALUI:
- PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN TERANCANG UNTUK MEMBINA KEUPAYAAN, KEMAHIRAN, ILMU DAN KEBOLEHAN PETUGAS DAN KOMUNITI.
- PENGGUNAAN TEKNOLOGI BERSESUAIAN YANG DAPAT MENGGUNAKAN APLIKASI TERKINI YANG BOLEH DIMANFAATKAN OLEH KOMUNITI.
- PENAMBAHAN PROSES KERJA SECARA BERTERUSAN SUPAYA SISTEM PENGURUSAN AKAN LEBIH MANTAP.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN
Sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi, Kementerian berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan antaranya seperti:
- Bengkel/kelas Asas Komputer dan Internet
- Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik (Cth: e-Kerajaan, e-Pembelajaran, e-Dagang, Pengumpulan dan pertukaran maklumat, Pusat komunikasi, Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian, Pusat peperiksaan dan persijilan dan lain lain)
- Desktop Publishing – Microsoft Office 2021
- 5 Teras NADI – NADI x Entrepreneur / Keusahawanan, NADI x Lifelong Learning / Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI x Well-being / Kesejahteraan Kendiri, NADI x Awareness / Kesedaran, NADI x Government / Inisiatif Kerajaan
- Latihan keusahawanan (Shopee & Shopee Seller, Tik Tok Shop & Lain lain)
- Kelas AI, Bing Image & ChatGPT
- Kelas DILEA (Live Class 4 subjek: Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah & Kelas Khas Webinar)
- Kelas MAHIR (Foto, Masak, Baiki Gajet, Pertanian Pintar & Menjahit)
- Intel Easy Steps & Intel E-Basic
- Asas teknologi maklumat & Komunikasi
- Multimedia
- Website
- e-Pembelajaran & STEM iOT
- Literasi Digital
- Adobe Photoshop & Illustrator
PERKHIDMATAN SAMPINGAN YANG DISEDIAKAN
Selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan seperti di atas, NADI juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain antaranya seperti:
- Fotokopi / Cetakan (Hitam dan berwarna)
- Binding
- Laminating
- Pengimbas / Scanner
- Menaip
- Pendaftaran atas talian
- Perkhidmatan Fotografi dan Video Produk
MAKLUMAT PETUGAS NADI KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG

WAKTU OPERASI NADI

PERATURAN DI NADI
