Maklumat Am
LOKASI
Kampung Simpang Sepayang merupakan salah satu kampung yang cemerlang dalam Daerah Rompin. Kampung ini seluas 1416.1 hektar berada di Mukim Pontian dan terletak sejauh 7 Kilometer dari Bandar Rompin. Kampung Sepayang juga berada di laluan utama Kuantan – Johor Bahru. Lokasi Kg Simpang Sepayang berhampiran dengan kawasan bandar Rompin telah memudahkan urusan komuniti setempat. Mukim Pontian ini dibahagikan kepada beberapa kampung iaitu:
1. Kg Janglau
2. Kg Pontian
3. Kg Sepayang
4. Kg Bukit Serdang
5. Kg Sepakat

Rajah: Peta Kg Simpang Sepayang
TABURAN PENDUDUK
Penduduk Kampung Simpang Sepayang adalah seramai 1800 orang, yang majoritinya adalah kaum Melayu. Namun begitu, terdapat juga kaum lain yang menjadi penduduk minoriti di sini. Taburan penduduk yang agak ramai ini menjadikan Kampung Simpang Sepayang sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. Berikut adalah taburan penduduk yang terdapat di Kampung Simpang Sepayang.
|
UMUR/TAHUN |
JUMLAH |
|
Kurang dari 12 tahun |
250 |
|
12 hingga 17 tahun |
300 |
|
18 hingga 25 tahun |
300 |
|
26 hingga 40 tahun |
400 |
|
41 hingga 58 tahun |
300 |
|
58 tahun ke atas |
250 |
|
JUMLAH KESELURUHAN |
1800 |
STATISTIK PEKERJAAN
Kebanyakan penduduk kampung ini melakukan kerja-kerja sendiri/kampung seperti bersawah, petani, nelayan dan lain-lain. Oleh yang demikian, peratus dari statistik pekerjaan menunjukkan petani adalah pekerjaan utama penduduk Kampung Simpang Sepayang. Peratus pekerjaan penduduk keseluruhannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
|
JENIS PEKERJAAN |
JUMLAH |
|
KERAJAAN |
5.7% |
|
SWASTA |
9.9% |
|
PETANI |
63.1% |
|
NELAYAN |
6.5 |
|
SENDIRI/PESARA |
14.8% |
|
JUMLAH KESELURUHAN |
100% |
KAMPUNG SEKITAR
Kampung Sepayang merupakan kampung induk dan di sekelilingnya terdapat beberapa kampung terdekat seperti berikut:
1. Kampung Feri
2. Kampung Hijrah
3. Kampung Simpang Sepayang
4. Kampung Kerpal
5. Rancangan Penempatan Semula Banjir ( Rumah Banjir)
Kampung Sepayang bersempadankan Sungai Pontian di sebelah Timur, Kampung Serdang di bahagian Barat , Kampung Sepakat di bahagian Utara dan bersempadankan Kampung Parit Raja di sebelah Selatan. Antara kampung-kampung yang terdapat disekitar Kampung Sepayang ialah:
1. Kampung Parit Raja
2. Kampung Bukit Serdang
3. Kampung Sepakat
4. Kampung Janglau
5. Felda Selendang
BADAN-BADAN KEBAJIKAN/NGO
Terdapat Badan-badan Kebajikan/NGO yang terdapat di Kampung Simpang Sepayang, antaranya ialah:
1. Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
2. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Simpang Sepayang
3. Persatuan Ibu Tunggal
4. Persatuan Nelayan Air Tawar
5. Kelompok Padi Paya Sepayang
6. Perpustakaan Desa Simpang Sepayang
7. Kelab Belia Bersatu Sepayang (KBBS)
Sumber maklumat: Abu Bakar Ibrahim, Maklumat Asas JKKK Sepayang 1998.
AHLI PARLIMEN/ADUN KAWASAN
AHLI PARLIMEN DAERAH ROMPIN

YB. DATO’ ABDUL KHALIB BIN ABDULLAH DIMP; PPN; AP
Alamat: 22-1, Jalan Makmur 1, Presint Niaga, Bandar Satelite, 26700 Muadzam Shah, Pahang
Tel :
Faks:
Emel : khalib.5050@gmail.com
Sumber Maklumat: https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4130&_print=true
ADUN TIOMAN

YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, SSAP., DIMP., PPA.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tioman,
No. 25, Tingkat 1, Jalan Sentosa 4,Taman Sentosa,
26800 Kuala Rompin, Pahang.
Telefon: 09-4146305 | Faks: –
E-mel: pejabatduntioman@gmail.com
Sumber Maklumat: http://pdtrompin.pahang.gov.my/index.php/profil-daerah/latarbelakang/adun/4-yb-kapt-b-dato-hj-mohd-johari-b-hj-hussain-dimp
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH ROMPIN

TUAN MUHAMMAD HATTA BIN KASSIM, SMP.
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Blok A,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.
No.Tel Pejabat: 09-4145205
Email: ydp@mdrompin.gov.my
Sumber Maklumat: http://www.mdrompin.gov.my/ms/mdr/pengurusan/profil-ydp
PENGHULU MUKIM PONTIAN
ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD NOR
Penghulu Mukim Pontian
Kompleks Penghulu Mukim Pontian
26800 Kuala Rompin Pahang
No. Telefon Pejabat: 09-4147591
Sumber Maklumat: http://pdtrompin.pahang.gov.my/index.php/ms/profail-daerah/penghulu/51-malay-root/profil