mcmc
Keselamatan

INFO KESELAMATAN: AMARAN SCAM CALL

 
 
AMARAN SCAM CALL
 
WASPADA DENGAN SCAM CALL PENYAMARAN SEBAGAI PEGAWAI CYBERSECURITY MALAYSIA
CyberSecurity Malaysia mengesa orang ramai supaya berhati-hati dan berwaspada dengan penyamaran yang dibuat melalui panggilan telefon sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia.
Untuk makluman, CyberSecurity Malaysia tidak membuat sebarang panggilan telefon, seperti yang didakwa.
CyberSecurity Malaysia juga ingin menegaskan bahawa agensi ini tidak menghantar mesej pesanan ringkas melalui SMS, Whatsapp atau mana-mana platform media sosial dan juga emel.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan kepada CyberSecurity Malaysia melalui cyber999@cybersecurity.my sekiranya menghadapi situasi berkenaan. Kerjasama amat dihargai.