JPKK

JKKK | 27 November 2014

 PENTADBIRAN JPKK KG SIMPANG SEPAYANG 

Kampung Sepayang ditadbir oleh satu badan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di mana seorang ketua kampung bertindak sebagai Pengerusi JPKK dan 11 ahli jawatankuasa di bawah urus tadbirnya. Kesemua ahli JPKK diberi tugas masing-masing dalam menguruskan hal pentadbiran kampung. JPKK Kampung Sepayang telah membentuk 11 Biro dan 7 Blok untuk memudahkan lagi hal pentadbiran kampung. Selain itu, ketua setiap Biro dan Blok melantik beberapa jumlah pembantu sebagai jawatankuasa kecil kampung blok tersebut. Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JPKK Kg Simpang Sepayang ialah:

1. Mesyuarat Bulanan JPKK

2. Menjalankan Aktiviti bersama AJK Kampung

3. Mentadbir Hal Ehwal Kampung

4. Mengadakan pelbagai program bersama komuniti setempat

KETUA KAMPUNG SIMPANG SEPAYANG

EN. ABUAN BIN LIMAN

Balai Raya Kg Simpang Sepayang 

26800 Kuala Rompin, Pahang

H/P: 016-9204360

Senarai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sepayang (JPKK):

Daerah: Rompin

Mukim: Pontian

JPKK: Simpang Sepayang

Sumber Maklumat: Maklumat asas JKKK Sepayang 1998