INFO PENDIDIKAN: RANCANGAN PENDIDIKAN NEGARA 2026-2035

Pendidikan | 21 January 2026

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani. Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru.

Pada masa yang sama, Rancangan Pendidikan Negara turut memperkasa sistem pendidikan tinggi supaya lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas dan bakat terbaik negara. Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan.

Sumber: (20+) Facebook