INFO KESIHATAN: AWAS STROK HABA

Negara kita sedang dilanda gelombang haba, dan kita pernah digemparkan dengan tragedi menyayat hati, Kanak-kanak meninggal dunia akibat STROK HABA (Heatstroke) ketika beraya di luar rumah dari pagi ke petang.Ini bukan cerita rekaan. Ini sejarah hitam yang kita tak mahu berulang. Kenapa Kanak-Kanak Paling Berisiko?.
PANTAU TANDA AWAL STROK HABA
Jangan tunggu sampai anak rebah pengsan atau sawan baru nak panik! Segera bawa anak berteduh dan ke hospital jika ada tanda ini
- Kulit jadi sangat kering, kemerahan, dan panas (Tapi TAK BERPELUH!)
- Mengadu sakit kepala berdenyut atau pening.
- Mula muntah-muntah.
- Nampak keliru, bercakap merapu, atau tiba-tiba terlalu diam/lesu.
TINDAKAN PENCEGAHAN IBU BAPA
1. ‘Kuarantin’ Matahari
JANGAN benarkan anak main di luar antara jam 11:00 PAGI hingga 4:00 PETANG. Ini waktu radiasi UV dan haba paling puncak
2. Paksa Minum Air
Jangan tunggu mereka minta. Beri air kosong secara kerap. Kurangkan air manis/bergas raya yang boleh burukkan dehidrasi.
3. Sentuhan Fizikal
Sekali-sekala panggil anak, pegang dahi dan leher mereka. Tengok muka mereka. Kalau dah merah padam, arahkan mereka mandi dan rehat
Sumber: (20+) Facebook