
Akhir akhir ini banyak isu mengenai bahaya VAPE. Ianya bukan sekadar wap, tapi racun yang menyusup dalam senyap. Setiap sedutan mengandungi bahan kimia berbahaya yang mengancam kesihatan paru-paru, merosakkan fungsi otak dan menjerat masa depan anda. Jauhi vape. Lindungi kesihatan anda, hargai kehidupan dan marilah kita bina generasi Malaysia yang lebih sihat dan bebas daripada ancaman nikotin!
Sumber: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia