INFO KESIHATAN: KOPI = PENIPU?

Kesihatan | 9 February 2026

Anda rasa ‘segar’ lepas minum kopi pagi ni? Sebenarnya tak. Anda cuma sedang ditipu oleh otak sendiri.

Ramai salah faham. Kopi (Kafein) TIDAK memberi tenaga. Kosong kalori, kosong tenaga. Apa yang kafein buat sebenarnya lebih licik. Dalam otak kita, ada bahan kimia nama “Adenosine”. Ini adalah signal “PENAT”. Makin lama kita berjaga, makin banyak Adenosine berkumpul, makin kita rasa mengantuk. Itu fitrah. Bila anda minum kopi, kafein akan pergi ke otak dan “sumbat” lubang reseptor Adenosine tu.

Bayangkan rumah anda terbakar, dan alarm bomba berbunyi bising. Kafein tak padamkan api tu. Kafein cuma pergi potong wayar alarm supaya bising tu berhenti. Api (rasa penat) tu masih ada. Malah makin marak. Cuma anda tak sedar. Sebab itu bila kesan kopi hilang (Caffeine Crash) sekitar pukul 2 petang nanti, anda akan rasa penat yang ganda dua kali ganda. Sebab segala hutang penat yang anda “sorok” tadi datang menuntut serentak. Anda bukan bertenaga. Anda cuma “kebas” dari rasa penat. Teruskan minum. Cuma jangan pelik kenapa makin minum, makin lemau. Badan tak pernah lupa hutang tidur.

Sumber: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia