CELIK IT Q3 2025 – MOHAMMAD AMMAR MUKHRIZ BIN MOHD MUSTAFA
BELAJAR KELAS ICT
| Nama | : MOHAMMAD AMMAR MUKHRIZ BIN MOHD MUSTAFA |
| Umur | : 14 TAHUN |
| Ahli | : 23 APRIL 2024 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q3 2025 kali ini kami memilih adik MOHAMMAD AMMAR MUKHRIZ BIN MOHD MUSTAFA. Anak sulung daripada 2 adik beradik ini merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Pontian Jaya Pahang. Hadir dari keluarga yang sederhana yang mana bapa beliau bekerja kampung manakala ibu beliau suri rumah. Adik Ammar menaruh cita -cita yang tinggi apabila besar nanti untuk menjadi seorang Doktor pakat bedah. Hobi beliau membaca buku dan menonton televisyen. Di masa lapangan beliau juga suka bermain basikal bersama rakan-rakan dan kadang kala mengisi masa dengan bermain permainan online dan membantu bapanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan dengan program anjuran NADI, Adik Ammar tidak pernah menggunakan komputer. Beliau hanya mendengar tentang penggunaan komputer daripada kawan-kawan sahaja. Beliau banyak menggunakan gadjet telefon untuk melayari internet ketika di rumah. Erti kata lain pengetahuan beliau tentang penggunaan komputer dikategori sebagai sifar. Keinginan beliau untuk mempelajari ilmu ICT ada tapi ketika itu beliau mempunyai masalah tidak yakin dengan diri sendiri dan agak pemalu untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan pergaulan dan penglibatan beliau dengan aktiviti luar agak terbatas walaupun sudah beberapa kali kakak beliau cuba untuk mendaftarkan beliau di program-program anjuran NADI Simpang Sepayang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Penglibatan dengan NADI bermula apabila rakan-rakan beliau yang sering berkunjung ke NADI mengajak beliau untuk menyertai aktiviti di NADI. Bermula disitulah adik Ammar mula aktif mengikuti aktiviti kelas dan program anjuran NADI. Aktiviti pertama beliau ikuti di program anjuran bersama PPK Agro untuk peserta – peserta anak yatim dan asnaf. Dalam program tersebut adik Ammar mula mempelajari asas komponen komputer, asas penggunaan komputer, permainan Pembelajaran dan Etika penggunan Teknologi. Daripada asas pengetahuan tersebut beliau menyambung pembelaja ran ICT dengan
mengikuti kelas Asas Ms Office iaitu word , excel , power point dan publisher di NADI. Seterusnya beliau juga mengikuti kelas asas internet iaitu asas pencarian maklumat di internet dan pendaftaran serta penggunaan Email dalam kehidupan seharian. Program tersebut melayakkan beliau memperolehi sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak NADI. Selain itu, beliau membiasakan diri dengan rakan sekumpulan yang terdiri daripada pengguna tetap NADI dan beliau mula berkenal rapat dengan petugas di NADI. Alhamdulillah permulaan kelas yang beliau ikuti menunjukan perkembangan yang positif
dari beliau dalam penggunaan dan pemahaman komputer untuk kegunaan harian beliau. Kini beliau masih lagi dalam proses pembelajaran dan ingin mempelajari ilmu ICT lebih mendalam dalam pelbagai modul yang disediakan di NADI. Penglibatan dengan NADI juga membantu beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai yang mana tidak tertumpu dengan rakan sekitar kampung beliau sahaja kerana di NADI sesi pembelajaran dijalankan dalam bentuk berkumpulan.





