CELIK IT Q1 2026 – NUR SOFEA NATASYA BINTI ABDULLAH

Kisah Kejayaan | 26 March 2026
Nama: NUR SOFEA NATASYA BINTI ABDULLAH
Umur: 16 TAHUN
Ahli: 19 DISEMBER 2016

Latar belakang

Kisah Kejayaan Celik IT untuk Q1 2026 kali ini kami memilih adik NUR SOFEA NATASYA BINTI ABDULLAH sebagai kisah kejayaan di NADI kami. Anak sulung daripada 3 adik beradik ini merupakan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai. Hadir dari keluarga yang sederhana yang mana bapa beliau bekerja kampung manakala ibu beliau sebagai pekerja am (cleaner) di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran NADI, Adik Sofea hanya datang bersama ibunya untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di NADI seperti membuat fotokopi dan mencetak tugasan sekolah. Beliau sangat jarang terlibat dengan program NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Penglibatan dengan NADI bermula apabila Ibunya mendaftarkan beliau ke kelas Tuisyen Dilea pada tahun 2025. Oleh yang demikian, beliau sering datang setiap minggu untuk mengikuti kelas tuisyen Dilea mengikut jadual yang telah dibekalkan oleh pihak SSO. Adik Sofea telah mengikuti pelbagai kelas lain juga antaranya kelas keusahawanan Kidventure, Kelas Tiny Techies, Kelas Kempen Internet Selamat, Kelas Cybersecurity, Kelas E-sukan dan beberapa jenis kelas lagi. Sepanjang proses penglibatan dengan NADI telah membantu beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai yang mana tidak tertumpu dengan rakan sekitar kampung beliau sahaja kerana di NADI sesi pembelajaran dijalankan dalam bentuk berkumpulan. Baru baru ini adik Sofea juga terlibat dengan program Bazar Raya NADI. Sehingga kini adik Sofea masih lagi aktif meneruskan segala kelas dan program anjuran NADI Kampung Simpang Sepayang.