KEUSAHAWANAN ONLINE 1 2025

Keusahawanan | 17 July 2025
KATEGORIMAKLUMAT USAHAWAN

Perkhidmatan menjahit pakaian dan menjual pelbagai jenis peralatan jahitan.
Nama Usahawan: CIK NURHUSNINA BINTI NAZRI

Nama Produk: Perkhidmatan menjahit pakaian dan menjual pelbagai jenis peralatan jahitan.

Kisah Penglibatan dalam bidang Usahawan:
Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 pada tahun 2025 kali ini kami memilih salah seorang Ahli NADI Kg Simpang Sepayang yang menetap di Kampung Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang. Cik Nurhusnina binti Nazri atau lebih dikenali sebagai Uni merupakan seorang usahawan yang menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian dan menjual pelbagai jenis peralatan jahitan. Cik Nurhusnina telah terlibaat dengan NADI dari usia awal persekolahan tetapi beliau hanya menggunakan NADI jika ada keperluan kerja sekolah atau tugasan sahaja memandangkan usia beliau masih muda sehinggalah beliau menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi maka penglibatan beliau di NADI hanya setakat itu sahaja. Beliau mula terlibat secara serius dengan program anjuran NADI sejak tahun habis belajar yang mana beliau hanya membantu ibu bapa menjalankan perniagaan kedai makan. Beliau terlibat dengan pelbagai program atau acara yang telah dijalankan di NADI dan merupaka nsalah seorang peserta usahawan Kohort 2 di NADI Kg Simpang Sepayang dan telah terpilih mengikuti Boothcamp Ikon Usahawan pada tahun ini (2025). Beliau berjaya memperolehi ilmu perniagaan dari kelas yang telah beliau ikuti. Selan itu, cik Uni juga merupakan salah seorang peserta Mahir Masak Intake 1 dan telah habis mengikuti kelas tersebut. Beliau juga merupakan salah seorang Setiausaha JPKK Kampung Sepayang dan Setiausaha Komuniti Madani serta Kelab Belia Kampung Sepayang.

Pengalaman: Lebih 17 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan

Nama Syarikat/Pengusaha: Tukang Jahit Shima
Link F/B:
Link Shopee: –
Instagram: –
Tik Tok: –
WhatsApp:
014-6537835
Website:
E-mel:
No Telefon/Media sosial yang boleh dihubungi: 014-6537835
Bilangan Pekerja: –